1328392761_bee5b9bc3f.jpg

Filem yg penuh kontroversi! Yg ditentang oleh ulama dan umat islam kerana bisa menggugah akidah umat islam.
Personally, aku sebagai orang biasa dan bukan pakar agama juga bukan kuat sgt beribadat (Ya Allah kuatkanlah iman dan islam hambaMU ni) tak merasakan filem ni boleh gugat akidah umat islam. Filem ni dah terang-terang kita tahu buatan amerika – atau dalam bahasa senangnya – buatan kapir! So dia akan buat berdasarkan ajaran dan cara hidup dia la. So awal-awal lagi mindset kita dah set camtu. Apa yang pelik-pelik pasal kepercayaan yang diterapkan dalam filem ni kita takkan terima. Takkan la akidah korang semudah itu untuk digoyahkan? Come on la!
Takut anak-anak terpesong akidah? Yang ni aku nak komen pun tak layak la kot sbb aku belum ada anak. Tp kalau aku ada anak, aku akan pastikan penjelasan kepadanya kat mana-mana part yang tak betul. Itulah tugas ibu bapa untuk didik anak-anak. Mungkin ibubapa yang risau-risau ni adalah mereka yang tak didik anak dengan sempurna.
Macam filem-filem lain sebelum ni, Prince of Egypt yang juga kontroversi pasal bisa gugah akidah pun sama gak. Buatan kapir tu memang la diorang buat berdasarkan perspektif diorang dan ajaran diorang. Bagi kita memang la salah. Tapi kenapa nak salahkan diorang? Itu kan salah diorang dan diorang punya pasal la sebab nak buat cerita berdasarkan fahaman diorang. Kita ni umat Islam kalau buat kisah Maryam ke kisah Isa ke berdasarkan ajaran kita yang betul, ada ke diorg (org kapir tu) bising-bising macam kita tuduh kita buat ajaran sesat dsbnya?
Contoh lain macam lagu raihan yang selit unsur dakwah islam dalam nasyid diorang dalam bahasa cina, tamil, kaum sabah etc tu ada ke orang cina/tamil etc tu bising2 kita cuba sebar dakyah melalui nasyid? Cuba la mana-mana artis cina buat lagu budhha/kristian dalam bahasa melayu, sure menggelabah dan menggelamuk la orang-orang ‘kita’.
Camtu jugak dengan isu penterjemahan dan penerbitan bible dlm bahasa melayu yg mendapat tentangan kerana risau ramai org kita akan murtad. Adoi la, singkat betul la pemikiran orang kita ni. Bukan ke dengan adanya bible dlm BM memudahkan kajian kita untuk bezakan ajaran bible dan ajaran quran. Masalahnya kita takut sangat sebab kita sendiri pun tak kaji quran, tak tau kekuatan quran dan tak hayati quran. Yang kita takut adalah bayang-bayang kita sendiri sebab kita sendiri tak kuat dan menguatkan agama kita. Aku suka pendapat Dr. Asri Zainul Abidin dalam kes bible ni. Sampai bila nak takut dalam isu ni? Tak risau ke kalau anak-anak kita nanti dah pandai inggeris, diorang akan baca pulak bible dlm bahasa inggeris? Hahaha bagus kan?
Yang penting adalah binaan jiwa dan penanaman akidah kepada diri masing-masing. Kalau jiwa dah kuat, bukan saja tak boleh digoyahkan. Malah boleh menggoyahkan ‘mereka’ pula.

Peh! Cukup la sudah aku merapan kat situ. Saje nak luahkan sikit perasaan. Berbalik kpd filem evan almighty ni. Aku taknak cerita the whole story sebab benda tu dah macam well-known dan boleh cari sendiri kat internet. Tapi ada beberapa pengajaran untuk umat islam yang dapat singgah di benak aku.

Nak buat kerja suruhan tuhan ni bukannya mudah. Kerja berat yang selalunya tak bertepatan dengan kehendak dan keinginan sendiri. Pastu kena cekal dan tabahkan hati hadapi semua situasi. Yelah, bak kata orang inilah mehnah dan tribulasi. Pekakkan telinga bila orang maki keji. Dah memang manusia semua benda tak puas hati.
Nak berdakwah bukannya mudah, walaupun pada keluarga sendiri. Tapi kalau dapat baiki keluarga sendiri memang la amat bagus kerana keluarga adalah ‘pakaian’ kita.
Sabar dan yakin dengan janji tuhan. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yg sabar. Janji Allah itu pasti, tapi cemana pulak dengan janji kita kepadaNYA?
Dan macam-macam lagi la bende2 positif yg dpt dikorek kalau kita tgk filem ni from the bright side.

Satu benda yang betul2 buat aku terkedu dan terkesima bila part morgan freeman tanya kat bini evan. Apa kau pikir apabila ko mintak doa kat tuhan utk kasi kau kasih sayang dan kebahagiaan dia bagi kau rasa selesa dan kepanasan kasih sayang? Atau dia bagi kau peluang untuk berbahagia dan berkasih sayang?

Benda ni mmg buat aku terfikir. Memang kita selalu doa kat tuhan macam-macam. Kadang-kadang benda yang kita doa tu selalu je kita rasa macam x dpt atau x dimakbulkan. Betul ke? Atau kita sendiri yang ‘tak sedar’ cemana Allah makbulkan doa kita tu? Kerana kejahilan, kita rupanya dah mensia-siakan kemakbulan doa kita itu sendiri…..