merapan


Gila lama aku tak jenguk blog aku sendiri! Bukan setakat bersawang dah ni! Bukan setakat dan berhabuk! Langsung terbengkalai sudah!

Inilah gara-gara sibuk mengejar dunia. Mengejar keseronokan dunia. Mengejar kekayaan dunia. Walaupun pada hakikatnya perit mengejar semua itu. Hakikatnya aku tak seronok. Hakikatnya juga aku tak kaya-kaya pun sampai sekarang.

Apabila bersendirian aku selalu termenung sekejap memikirkan… apa kehidupan yang aku lalui sekarang ni? Bangun pagi pergi kerja. Balik rumah buat kerja lagi. Lepas tu tunggu gaji. Lepas tu tunggu payment freelance jobs. Tak lama lepas tu duit habis. Buat kerja lagi. Dapat duit. Duit habis lagi. Dey! Sampai bila nak terus-terusan jadi macam ni?

Itu semua sekadar berlalu dan melintas begitu sahaja dalam kepala. Tidak lama selepas itu, kesibukan mengejar dunia kembali menghambat kehidupan.

Nak cari silap? Memang banyak silap. Sana sini silap. Silap paling besar, engkar perintah Tuhan.

Sibuk kejar dunia ciptaan Tuhan, sampai tak ingat Tuhan. Tapi aku tahu, Tuhan sentiasa ingat dan perhatikan aku.

Sampai bila aku nak terus jadi begini? Sampai mati? Ya Allah, kurniakanlah aku husnul khatimah…

Advertisements

Aku dah lama x join usrah. Kali terakhir berusrah rasanya waktu kat sekolah menengah. Kat IPT aku malas nak join, hehehe biasala rebel sekali sekala (alasan escapisme). 

 

Ada beberapa sebab kenapa aku x join usrah time tu. Salah satu sebabnya aku rasa usrah time tu x best. Sebab-sebab yang lainnya ialah aku nak bebas, taknak terkongkong sangat dengan naqib dan institusinya yang semacam menentukan arah hidup dan masa depan aku.

 

X join usrah x bererti aku benci usrah. Cuma usrah yg ada waktu tu bagi aku tak berapa nak masuk dengan cara aku waktu tu. Bukan salah usrah, tapi salah aku. Sombong diri.

 

Usrah x bersalah apa-apa. Yang menjadikan usrah tu best x best adalah sistem usrah tu sendiri dan orang-orang yang berusrah itu. Bukan senang nak ngam dengan beberapa kepala dalam satu usrah. Tu sbb ada yg ambik jalan mudah, ‘melarikan’ diri. Dah jadi satu kerja pulak naqib kena pujuk-pujuk supaya kembali ke pangkal jalan haha.

Kalau kena cara, kena angin barulah menjadi usrah tu. Sistem, silibus, naqib dan anak usrah semuanya memainkan peranan untuk menjayakan usrah.

 

Setelah sekian lama tidak berusrah, kini aku berusrah kembali. Dapat naqib yg sporting dan sistem yg best aku rasa rugi pulak aku tak berusrah sebelum-sebelum ini.

 

Andai ku tahu… hmmmm 🙂

Memang pantas masa berlalu. Sekejap je dah masuk bulan 3 dlm tahun 2008. Kira mcm dah suku tahun dah kiranya ni. Aku agak lembab dalam tahun ni. Rasa macam masih mamai-mamai dan dibuai mimpi. Macam tak berpijak di bumi nyata pun ye jugak.

Dalam masa suku pertama tahun 2008 ni aku rasa mcm kosong. Takde apa-apa yg aku capai. Semuanya biasa-biasa saja. Takde punch!

Banyak benda yang aku plan pada tahun-tahun sebelumnya dicarryforward ke tahun ni, macam biasalah. Dan takde satu benda pun yg aku usahakan untuk menjayakan plan-plan tersebut. Sekejap je suku tahun dah berakhir. Tinggal lagi 3 suku je bakinya. Dan aku masih macam orang otak 3 suku lagaknya. Adakah semua plan tersebut akan dicarryforward ke tahun 2009 dan tahun-tahun yang mendatang? Kalau umur panjang sempat la, kalau tidak bawak masuk kubur pun tak guna dah…

Dan sampai sekarang aku rasa masih mamai…

Yang paling kantoi dalam kemamaian aku ni adalah…. dalam bilik aku masih tergantung kalendar 2007! Sikit punya sengal la kepala hotak aku nih! Dah masuk bulan 3 pun masih tak tukar-tukar kalendar lagi… memang kantoi la perancangan aku suku pertama tahun ni. Gagal merancang, merangcang gagal.

Perancangan aku semuanya dalam kepala. Atau dalam bahasa lembutnya, angan-angan dalam kepala hotak je. Takde satu pun yang dah diterjemah ke alam realiti. Semuanya dilayan dalam kepala hotak yang sengal ni. Entah bila nak mula pun aku tak tahu. Sebabnya…. aku masih mamai.

Bila aku nak bangun? Bila aku nak sedar? Bila aku nak jaga? Bila aku nak bertindak?

Mungkin dengan menulis entry ini menandakan aku sudah sedikit sedar dan jaga dari kemamaian yang melanda fikiran dan tindakan aku selama ni. Tapi adakah kemamaian ini akan berterusan?

Ya Allah, engkaulah yang memegang jiwa, nafas, pemikiran dan gerak geri hambaMu ini. Aku memohon padaMu Ya Allah, berikanlah padaku kekuatan dan kesedaran. HambaMu ini lemah Ya Allah. Mudah diperdaya dengan mainan dunia yang melalaikan. Berikanlah padaku kekuatan Ya Allah. Kekuatan akal, jasmani dan rohani. Agar dapatku terus sujud dan mentaati perintahMu serta menjauhi laranganMu.

Amin Ya Rabbal Alamiiin…

Aku tak mahu mamai lagi!

betul ke org melayu ni suka bergaduh? suka cari gaduh?
aku tak tau sejauh mana kebenarannya. takde org buat kajian statistik lagi kot?
atau tak perlu buat kajian sebab semua bangsa pun suka bergaduh apa?

tadi lepas isyak aku dan seoarang kawan lepak makan-makan kat satu warung nasik ayam. tengah-tengah makan tetiba je kecoh. rupanya ada orang bergaduh kat warung sebelah yang jual char kue tiau. budak-budak muda melayu yang bergaduh. dasyat gak gaya diorang bertumbuk. dalam masa beberapa saat je orang keliling pegi sabarkan dan leraikan diorang.

antara benda yg aku dengar adalah ayat-ayat seperti berikut ;
“ko jaga mulut kau! jangan main ikut sedap je mengutuk-ngutuk orang!”
“apsal ko dengki sangat dengan aku hah?!”

dan bermacam-macam lagi lah kata-kata kesat yang keluar.

aku sendiri pun tak pasti dan tanak ambik tahu sangat pun pasal punca gaduh-gaduh tu. tapi banyak orang gaduh sebab mulut. mulut tak reti jaga. mulut busuk. mengata mengeji orang. bahasa pulak kesat-kesat.

jadi, jagalah bahasa anda ngwahahaha