Ada banyak dvd yang aku beli dan aku download tetapi masih belum aku layan. Hari ni dengan bestnya aku mengMCkan diri daripada kerja dan melayan satu dvd. Entah kenapa aku rasa macam nak layan satu cerita ni yang bertajuk Fighter. Aku rasa cerita ni mungkin macam cerita street fighter atau mungkin juga seperti kickboxer dan lain-lain filem yang sewaktu dengannya. Tapi aku tersilap. Cerita ni memang lain sikit. Tahniah kepada pengarah filem ni kerana berjaya membuatkan aku cakap, wow!.

Ada banyak sebab kenapa aku rasa cerita ni best. Salah satu daripadanya ialah kerana music arrangementnya yang unik. Ada masuk ala-ala arab dan pop rap sikit. Wah! Cerita arab ke ni? Bukan! Ini cerita pasal orang turki yang menetap di Denmark. Kita semua tahu masyarakat muslim dan Denmark macam ada satu permusuhan. Semuanya disebabkan isu penghinaan Nabi Junjungan Besar kita Badinda Rasulullah oleh pelukis karikatur negara itu. Mungkin ‘fighter’ yang dimaksudkan dalam filem ini adalah fighter kepada isu panas itu antara Islam dan Denmark?

Fighter mengisahkan seorang gadis muslim dari Turki bernama Aicha yang minat habis dengan seni mempertahankan diri. Bermula dengan kelas kung fu di kolej yang terdiri daripada kelas ‘semua perempuan’, Aicha direkemen oleh jurulatihnya bagi melanjutkan latihan di sebuah kelas kung fu elit yang lebih tinggi levelnya. Tetapi kelas itu bercampur antara pelajar lelaki dan perempuan. Dan di sinilah bermula sedikit masalah bagi Aicha yang dididik dalam sebuah keluarga tradisional Turki yang berpegang dengan ajaran Islam. Walaupun pegangan dan amalan agama mereka tidaklah seteguh keluarga para wali dan ulama besar, namun keluarga Aicha masih mementingkan nilai-nilai keagamaan terutama daripada segi pergaulan bebas lelaki dan perempuan. Meskipun dihalang oleh keluarga, Aicha tetap meneruskan niatnya mempelajari kung fu di tahap yang lebih tinggi secara curi-curi. Di kelasnya itu, dia dipertanggungjawabkan di bawah seliaan pelajar senior bernama Emil. Kekerapan berlatih di bawah jagaan Emil membibitkan rasa cinta antara mereka berdua. Namun Aicha sering menafikan dan mengelakkan perasaan itu kerana baginya percintaan mereka adalah mustahil daripada segi agama dan adat resamnya.fighter

Sepanjang filem ini anda akan dipaparkan dengan pelbagai konflik merunsingkan jiwa yang dihadapi oleh Aicha dalam mengejar impian dan minatnya. Kemelut harapan keluarga pada akademik Aicha dan maruah keluarga hampir membuatkan Aicha putus asa dan menyerah kalah daripada terus mengejar impian. Namun disebabkan Aicha sememangnya seorang fighter yang sejati, dia akhirnya berjaya ke kejohanan kung fu. Meskipun tewas di pusingan akhir, namun Aicha berjaya membuktikan segala yang diharunginya itu bukanlah penghalang bagi dirinya mencapai impian kerana kita semua adalah fighter! Terutamanya kepada diri kita sendiri! We are fighting dreamers!

Advertisements