Gila lama aku tak jenguk blog aku sendiri! Bukan setakat bersawang dah ni! Bukan setakat dan berhabuk! Langsung terbengkalai sudah!

Inilah gara-gara sibuk mengejar dunia. Mengejar keseronokan dunia. Mengejar kekayaan dunia. Walaupun pada hakikatnya perit mengejar semua itu. Hakikatnya aku tak seronok. Hakikatnya juga aku tak kaya-kaya pun sampai sekarang.

Apabila bersendirian aku selalu termenung sekejap memikirkan… apa kehidupan yang aku lalui sekarang ni? Bangun pagi pergi kerja. Balik rumah buat kerja lagi. Lepas tu tunggu gaji. Lepas tu tunggu payment freelance jobs. Tak lama lepas tu duit habis. Buat kerja lagi. Dapat duit. Duit habis lagi. Dey! Sampai bila nak terus-terusan jadi macam ni?

Itu semua sekadar berlalu dan melintas begitu sahaja dalam kepala. Tidak lama selepas itu, kesibukan mengejar dunia kembali menghambat kehidupan.

Nak cari silap? Memang banyak silap. Sana sini silap. Silap paling besar, engkar perintah Tuhan.

Sibuk kejar dunia ciptaan Tuhan, sampai tak ingat Tuhan. Tapi aku tahu, Tuhan sentiasa ingat dan perhatikan aku.

Sampai bila aku nak terus jadi begini? Sampai mati? Ya Allah, kurniakanlah aku husnul khatimah…

Advertisements