Entah kebetulan ataupun tidak aku tak pasti. Aku baru sahaja selesai membaca novel Opera Angkasa karya Nazri M. Annuar terbitan PTS. Ceritanya mengenai tugas delivery/transportation ‘barang’. Dan barang itu bukanlah barang biasa, tetapi manusia!

 

Entah kenapa malam tadi aku rasa macam nak tengok wayang. Walaupun sepatutnya aku solat teraweh tapi aku boleh layan wayang pulak dalam bulan puasa camnih hehe. Disebabkan aku dah lama tak masuk wayang (kali terakhir aku layan The Dark Knight kira-kira sebulan lepas – hey! baru sebulan tak masuk wayang pun dah kira lama ke?), aku pun tak tahu sangat apa movie-movie terbaru di pawagam. Bukak internet buat survey kejap. Ada Wall-E dan beberapa filem lain yang aku rasa macam x best. Ikutkan kefaveretan aku nak tengok Wall-E. Tapi hari ni tayangannya sampai pukul 5 petang je. Paling ngam timing filem yang aku nak adalah Babylon A.D. pada jam 8.15mlm. Kira okla, lepas berbuka dan semayang maghrib boleh terus layan.

 

Benda pertama yang membuatkan aku tertarik kepada filem Babylon ni adalah posternya. Aku rasa macam filem ni adaptasi daripada komik pulak. Kemudian aku baca sikit sinopsis dia ada tulis pasal ‘kelahiran Messiah moden’. Peh! Cambest!

 

Ceritanya berkenaan hero yang ditugaskan membawa seorang gadis dari Mongolia ke New York dengan selamat. Hero ditemani oleh seorang ‘sister’ yang bertanggungjawab membesarkan si gadis di sebuah gereja terpencil di Mongolia. Tanpa si hero dan si sister ni sedari, gadis ni sebenarnya merupakan pembawa ‘bahan hidup’ yang dieksperimenkan sebagai Messiah. 

 

Projek eksperimen ini adalah usaha satu pertubuhan gereja yang digelar Neolites. Si Gadis ini istimewa kerana dia tercipta bukan melalui proses persenyawaan biasa. Tetapi dicipta dengan berasal dari sebuah Super Computer yang menjadikan si gadis ni amatlah bijak dan cepat belajar serta analisis maklumat seperti komputer. Yang paling melampau, si gadis sudah mampu berkata-kata sewaktu berusia dua tahun dalam 29 jenis bahasa. Hebat, bukan? Si gadis dibesarkan di kawasan gereja terpencil di ceruk Mongolia tanpa diberi pendedahan dengan dunia luar. Dia dijaga dengan rapi dan tidak dibenarkan bergaul dengan orang asing. Pendek kata kehidupannya memang suci dan tidak dinodai. Tidak lama kemudian si gadis menyedari yang dirinya sedang hamil. Si sister amat terkejut kerana si gadis tidak pernah bergaul dengan mana-mana lelaki sepanjang hidupnya. 

 

Kes ini seolah-olah seperti Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihis Salam yang amat terjaga tata tertibnya sebagai gadis mulia kemudian mengandung tanpa menggauli mana-mana lelaki. Dan insan yang dikandungnya pula adalah insan agung yang bakal merubah masa depan umat manusia.

 

Adakah hero berjaya menjalankan tugasnya? Camana pulak dengan kelahiran ‘messiah’ moden di kota New York? Tengoklah sendiri filem ni hehe.

Advertisements