Memang pantas masa berlalu. Sekejap je dah masuk bulan 3 dlm tahun 2008. Kira mcm dah suku tahun dah kiranya ni. Aku agak lembab dalam tahun ni. Rasa macam masih mamai-mamai dan dibuai mimpi. Macam tak berpijak di bumi nyata pun ye jugak.

Dalam masa suku pertama tahun 2008 ni aku rasa mcm kosong. Takde apa-apa yg aku capai. Semuanya biasa-biasa saja. Takde punch!

Banyak benda yang aku plan pada tahun-tahun sebelumnya dicarryforward ke tahun ni, macam biasalah. Dan takde satu benda pun yg aku usahakan untuk menjayakan plan-plan tersebut. Sekejap je suku tahun dah berakhir. Tinggal lagi 3 suku je bakinya. Dan aku masih macam orang otak 3 suku lagaknya. Adakah semua plan tersebut akan dicarryforward ke tahun 2009 dan tahun-tahun yang mendatang? Kalau umur panjang sempat la, kalau tidak bawak masuk kubur pun tak guna dah…

Dan sampai sekarang aku rasa masih mamai…

Yang paling kantoi dalam kemamaian aku ni adalah…. dalam bilik aku masih tergantung kalendar 2007! Sikit punya sengal la kepala hotak aku nih! Dah masuk bulan 3 pun masih tak tukar-tukar kalendar lagi… memang kantoi la perancangan aku suku pertama tahun ni. Gagal merancang, merangcang gagal.

Perancangan aku semuanya dalam kepala. Atau dalam bahasa lembutnya, angan-angan dalam kepala hotak je. Takde satu pun yang dah diterjemah ke alam realiti. Semuanya dilayan dalam kepala hotak yang sengal ni. Entah bila nak mula pun aku tak tahu. Sebabnya…. aku masih mamai.

Bila aku nak bangun? Bila aku nak sedar? Bila aku nak jaga? Bila aku nak bertindak?

Mungkin dengan menulis entry ini menandakan aku sudah sedikit sedar dan jaga dari kemamaian yang melanda fikiran dan tindakan aku selama ni. Tapi adakah kemamaian ini akan berterusan?

Ya Allah, engkaulah yang memegang jiwa, nafas, pemikiran dan gerak geri hambaMu ini. Aku memohon padaMu Ya Allah, berikanlah padaku kekuatan dan kesedaran. HambaMu ini lemah Ya Allah. Mudah diperdaya dengan mainan dunia yang melalaikan. Berikanlah padaku kekuatan Ya Allah. Kekuatan akal, jasmani dan rohani. Agar dapatku terus sujud dan mentaati perintahMu serta menjauhi laranganMu.

Amin Ya Rabbal Alamiiin…

Aku tak mahu mamai lagi!

Advertisements