thekingdom1_large.jpg
Ini filem pasal kingdom – yang tak berapa cerita sangat pasal kingdom. Kingdom of Saudi Arabia – Mamlakah As Saudiyah. Pada awal filem dipaparkan sedutan-sedutan ringkasan sejarah wujudnya negara Saudi ini. Disebut mengenai wahabi selaku pembantu penubuhan negara itu dan juga selaku golongan yang mahu kembalikan Islam yang tradisional. Dan tak dilupakan bahawa mereka ini juga anti amerika. Kemudian melarat ke episod perang teluk, episod Osama ben Laden dengan afghanistan yang mana semuanya mengarah kepada cerita hubungan dan permusuhan antara dua negara besar iaitu Amerika dan Arab Saudi.

Amerika – negara paling banyak menggunakan minyak.
Arab Saudi – negara paling banyak mengeluarkan minyak.

Filem ini intipatinya menceritakan terrorism di Arab Saudi. Dan seperti biasa mestilah Al Qaeda yang dikaitkan dengannya. Abu Hamza merupakan insan yang mendalangi semua keganasan – mahu jadi seperti Osama ben Laden. Al Qaeda ini mensasarkan golongan Amerika yang tinggal di Ryadh sebagai mangsa. Habih rakyat Amerika dibunuh dan diletupkan. Maka FBI Amerika pun nak campur tangan untuk tangkap Abu Hamza dan geng-geng Al Qaeda.

Kerana filem ini buatan Amerika, sudah tentulah Amerika yang jadi heronya. Ya, Amerika la hero yang membantu pihak berkuasa Arab Saudi menumpaskan Abu Hamza dan gerakan Al Qaeda yang tak mampu diselesaikan sendiri oleh Arab Saudi. Tapi dibantu jugak la oleh polis-polis Saudi yang dikatakan sebagai arab moderate – yang tidak konservatif dan ekstrimis.

Dalam filem ini dipaparkan yang Amerika boleh dibuat kawan. Boleh diharap. Arab juga bukan semuanya batu dan kayu. Ada yang boleh dipercayai. Ada yang berpegang teguh dengan ajaran sebenar Islam.

Di akhir filem, seolah-olah terdapat isyarat bahawa persengketaan antara Amerika (kuffar) dan Islam (saudi) tiada kesudahannya. Masing-masing menanam hasrat yang sama, “we kill them all!”

Advertisements