umizaru2.jpg

Limit of Love : UMIZARU. Satu filem aksi jepun yg best. Kisah pasukan penyelamat maritim. Daripada tajuknya menunjukkan ini filem yang kedua. Filem pertamanya aku tak pernah tengok lagi.

Apa yg best pada filem ni? Filem ni merupakan adaptasi daripada manga jepun yang bertajuk AKUATIK. Akuatik ni tajuk yang telah dibahasa melayukan – novel grafik terbitan gempakstarz. Tajuk asal dalam bahasa jepun aku tak tau. Yang aku dengar, cerita ni jugak dijadikan episod drama kat tv jepun. Nampaknya aku kena menorrent lagi la nih.

Umizaru ni dalam bahasa jepun bermaksud ‘monyet laut’ – gelaran kepada para penyelamat ni la.

Melayan filem ni mengimbas kembali detik-detik cemas scenes dalam manga akuatik. Kesungguhan hero bersama Senzaki Daisuke dan rakan-rakan penyelamat yang lain dalam melaksanakan tugas. Buat sehabis baik (dengan gila-gila punya bersungguh) dan sama sekali takkan berputus asa.

Membaca manganya saja pun sudah cukup untuk menjadikan dada aku berdebar-debar. Ini kan pula menonton filem yang dilengkapi dengan bantuan efek bunyi dan visual yang mencengkam jiwa. Pada aku filem ni memang berjaya sangat. Kalau la ni filem buatan malaysia, memang tak malu la kalau pi mana-mana pertandingan antarabangsa.

Satu je benda yg paling aku tak puas hati dalam filem ni ialah heroinnya. Apsal la pengarah filem ni ambik heroin yang langsung tak cun? Ini lah satu-satunya benda yg spoil dalam filem ni. Yang lain semua memang superb dan marveles. Mungkin pembikin filem ni nak jimatkan kos kot? Bayar murah utk heroin yg tak cun? Ha ha ha kejamnya aku! Tapi bagi aku amat berbaloi kalau modal untuk filem ni dihabiskan untuk buat aksi letup-letup dan aksi-aksi yang lain berbanding dengan filem-filem melayu yang banyak habih duit utk sewa kereta porsche, ferrari, sewa banglo dan kolam renang mewah. Sungguh membazir!

132.jpg

Advertisements