_11685735048349.jpg

Gosh! Aku ingat Nanny Diaries ni cerita pasal diari seorang nenek. Rupa-rupanya bukan!
Tapi aku tak kecewa pun tengok cerita ni pasal jalan cerita dia ok gak untuk dilayannn. Lagipun Scarlett Johanson yg berlakon. Ngahahaha

Nanny ni rupanya macam babysitter, orang gaji dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Kerjanya lebih tertumpu kepada jaga anak majikan. Dan inilah yang menjadi karier Annie (Scarlett) selepas grad. Untuk keterangan lanjut masuk je kat sini http://www.thenannydiariesmovie.com

Tema cerita ni agak lame jugak la. Cerita untuk sedarkan ibu bapa yg terlalu sibuk kejar kerjaya hingga abaikan anak-anak. Harta dan dunia lebih penting daripada anak sendiri. Suruh je nanny jaga senang cerita. Kalau jadi apa-apa kat anak, at least ada jugak kambing hitam untuk disalahkan nanti.

The Nanny Diaries menyingkap perspektif nanny di amerika. Bagaimana pula dengan nanny di malaysia atau lebih mesra dikenali sebagai bibik (dr indon) atau apa sahaja gelaran yang sesuai. Mungkin lepas ni orang malaysia boleh buat filem The Bibik Diaries? Warga muda indonesia (dan semestinya perempuan) yang berhijrah ke malaysia untuk menjadi bibik. Dan kisah suka duka kehidupannya sebagai bibik? Bibik kepada keluarga muslim yg kuat beragama, keluarga muslim yg mengabaikan ajaran agama dan pelbagai jenis keluarga yg ada. Mesti adventurous lah!

Advertisements