Seperti biasa, aku tertunggu-tunggu isu G3 yang baru. Aku pun tak tau kenapa G3 tak keluar dua bulan sekali macam majalah-majalah yang sebaris dengannya seperti Ujang, Apo?, Gempak dan lain-lain. Walaupun sekali imbas konsep G3 tu tak jauh beza dengan Ujang dan Apo? kerana mengenengahkan tema lawak dan humor, tapi aku rasa G3 beri kelainan sikit berbanding dengan Ujang dan Apo? yang aku rasa makin tak best dan lawak terlalu merapu dan ‘sampah’. Walau cemane pun aku still support Ujang dan Apo?. Tiap-tiap keluaran tak miss. Kalau aku miss camane pulak aku boleh kata G3 lagi best ye dak?

Antara sebab kenapa aku rasa G3 lagi best adalah kerana jalan ceritanya yang best dan lawaknya tu aku ‘rasa’ lain sikit. Aku paling suka kartun brader jamb. Terutamanya siri PBB – Pabila Binatang Bersuara. Memang best gila lah! Aku harap sangat karangkraf dapat keluarkan koleksi PBB nih. Lawak binatang-binatang tu memang best! Pekak seperti BADAK. Lembap seperti SIPUT. Macam KERA dapat bunga… dan macam-macam lagi lah lawak kreatif yang brader jamb ni hasilkan. Memang mencuit hati dan menghiburkan. Camtu jugak dengan loose Jamal dan Jamil. Lawak dan layannn. Brader jamb, gua salut sama lu brader! Kalau la ada anugerah untuk kartunis paling kelakar, gua akan vote lu brader! Ha ha ha

Selain brader jamb, aku suka dengan slot cerekarama-rama oleh kartunis Bendi. Sejak daripada majalah Ujang lagi aku suka kartun drama brader nih. Lawak dia memang siot dan bikin aku ketawa panjang. Keluaran kali ni dia buat drama tajuk Ratapan Anak Pungut. Maybe spoof kepada drama bersiri indonesia – Ratapan Anak Tiri. Ending dia memang lawak habis gua cakap lu!

Yang lain-lain tu pun aku suka jugak. Padi dengan loose2 dia. Tapi bagi aku kartun Lelaki Belalang tu masih belum boleh kasi aku ketawa la. Jalan cerita tu kena kasi something sikit la kot. Waktu kat Apo?/Ujang dulu aku sangat suka dengan siri kartun kartunis Padi ni seperti Tepet dan Lawak Pijak-pijak. Kalau boleh sambung le kat G3. Ke tak boleh sebab tu hakcipta MOY? Tapi kalau boleh sambung, aku harap sangat dapat sambung hehehe

Gayour dengan drama baru dia tajuk Apa Yang Aku Cari, cerita pasal watak utama bernama Dani. Duduk kat kampung, terer silat, baik budi pekerti, jadi kegilaan awek-awek dan macam-macam lagi yang sempurna (macam watak Amar dalam Bersama Selamanya waktu kat MOY dulu). Seperti biasa, Gayour punya cerita mesti meleret-leret……… hahaha jangan marah brader Gayour! Memang lu punya style kartun camtu kot?

Overall aku suka la G3 nih! Harapanku, buat la dua bulan sekali di samping meningkatkan lagi kualiti kartun-kartun dan lawak yang ada.

Advertisements