8.jpg
http://www.gempakstarz.com/gstore/gnovel.php?pid=100214

Aku sambar novel grafik ni tiga hari lepas. Daripada segi cover, tak berapa menarik sangat la bagi aku. Tapi disebabkan dah takde komik lain kat kedai waktu tu, aku beli je la.
Baru baca 2-3 helai aku dah mula rasa komik ni cambest! Sebab apa? Sebab cerita ni membawa aku ke satu alam lain. Alam apabila bumi ni musnah disebabkan peperangan. Manusia berada dalam situasi dunia yang parah. Apa yang dibangun dan dimajukan suatu masa dahulu semuanya musnah. Maka wujudlah satu karier yang dinamakan ‘penggali harta’. Keje diorang ni cari apa je barang bernilai yang terkambus dalam runtuhan bangunan kemudian jual untuk dapatkan duit.

Komik ni cerita pasal kisah budak bernama kakashi yang kejenya adalah penggali harta. Kemudian bertemu dengan awek bernama dorothy yang menjadi buruan tentera sebab memiliki satu perhiasan yang mempunyai kuasa untuk menguasai dunia – gelang angsama. Malangnya gelang ni dah bergabung dengan tangan kakashi.

Maka bermulalah pengembaraan yang penuh aksi apabila kakashi dan dorothy ni sentiasa diburu askar. Dalam masa yang sama, tujuan mereka berdua adalah untuk menuju ke emerald sebab hanya kat sana sajalah diorang dapat berjumpa dengan seseorang yang dapat memusnahkan gelang angsama tu.

Hahaha, kalau korang perasan. Jalan cerita ni sama macam lord of the ring tak? Ring yang mempunyai kuasa untuk menguasai dunia. Diburu oleh orang jahat. Tapi cincin tu berada di tangan orang baik. Dan orang baik tu nak musnahkannya. Tapi kena mengembara ke satu tempat kerana hanya kat sana je cincin tu boleh dimusnahkan.

Oh, lupa plak nak bagitau. Sebenarnya komik ni ada dua jilid. Dalam jilid yang kedua barulah pelukis komik ni cakap yang komiknya ni ada persamaan dengan Lord of The Ring. Tapi dia nafikannya kerana dia langsung tak tahu pun pasal lotr sebelum buat komik ni. Mungkin hanya kebetulan je kot?

Keseluruhannya komik ni boleh la nak layannnn 😀

7.jpg

Advertisements