aku dah layan movie ni. korang dah?
movie ni cerita pasal apa? maleh aku nak cerita panjang kat sini. korang boleh search sendiri.
pendeknya, cerita ni pasal perempuan yang sejak kecik dicolek dan ditarbiah(?) untuk menjadi assasin.
disebabkan tajuknya pun dah naked. so filem ni memang penuh dengan benda-benda panas. tak sesuai nak tengok beramai-ramai satu famili hahaha
pdvd_001.jpg
sepanjang aku tengok cerita ni, ada beberapa perkara yang bermain-main dalam fikiran aku.
antaranya yang aku pikir adalah ketepatan peribahasa ‘melentur buluh biar dari rebungnya’.
senang tarbiah budak sejak umur diorang muda lagi. walaupun diorang tak minat dan tak suka dengan benda yang kita paksa tu. tp dengan cara didikan yang betul, dorang boleh terima.
camtu jugak dalam bidang hafaz alquran ni. kena tarbiah sejak kecik. paksa budak-budak hafal. kalau malas balun je. teringat kawan aku yang belajar tahfiz kat pakistan. salah sikit je kena penampar. siap terpelanting lagi.

budak-budak yang ditrain untuk jadi assasin ni bukan diajar untuk pandai membunuh je. diorang pun diajar cara-cara untuk hacking, pasal perubatan, pasal kesihatan. dan tak lupa jugak diajar untuk bersolek dan menggoda hehe.
budak-budak tahfiz yang kecik-kecik ni pun kena ajar jugak dengan ilmu-ilmu keduniaan yg lain selain ilmu alquran. contohnya pasal IT, pasal kemahiran-kemahiran hidup. barulah diorang ni tak ketinggalan dengan manusia-manusia lain dalam hal keduniaan. mungkin sekarang ni cara pengajaran tahfiz pun dah lain kot? ada alat bantuan hafazan dan macam-macam lagi. sistem pengajaran pun mungkin kena disesuaikan dengan peredaran zaman. takut tersalah cara asuhan, budak2 hafiz ni boleh jadi lain. sedih aku dengar cerita kawan aku pasal kawan2 dia yg hafiz-hafiz belaka. bila balik malaysia, jumpa kebebasan, mcm baru kenal dunia je, jadi kejutan budaya dalam hidup. ada yang dapat terima. dan tak kurang juga ramai yang ‘terbalik’. hisap ganja la. seks bebas la. padahal diorang ni pernah hafaz satu quran. sayangnya…

dlm cerita ni, budak-budak yg dilatih faham dengan jelas apa tujuan dan matlamat diorg dilatih meskipun bertentangan dengan naluri diorang yg sebenar. yang faham dengan jelas je layak ke peringkat seterusnya dan jadi assasin yang sebenar.
budak-budak tahfiz pun sama gak dalam situasi camni. diorang kena faham dengan jelas dan betul apa tujuan dan tugas diorang dengan menghafaz alquran. frankly speaking, aku rasa dah beribu-ribu tahfiz quran kat malaysia ni. maahad tahfiz je dah berapa. pondok lagi la. yang hantar belajar tahfiz kat luar negara la. tp hasil tahfizan diorang tu mcm x berapa nampak. yg jelas kelihatan bila bulan ramadhan. byk masjid dan surau import budak2 tahfiz untuk jadi imam teraweh. ya, diorg banyak ditugaskan untuk jadi imam. takkan hafaz quran untuk sekadar jadi imam? aku rasa mereka perlu lebih untuk sekadar menjadi imam.
mereka hafal ‘mukjizat’. sumber kecemerlangan umat islam. tp kenapa islam x cemerlang?
adakah kerana hafiz-hafiz quran ni sekadar pengingat kandungan alquran tanpa makna dan penghayatan? kalau camtu rugi la.
aku rasa hafiz-hafiz ni kena jelas. apa tujuan, matlamat dan tugas diorang menghafaz alquran. barulah boleh lahir ‘assasin’ yang sebenar.

*aku ni hanya pandai komen je. tp lantak la ni blog aku. aku tak attack dan kutuk sesape pun. aku sekadar meluahkan perasaan aku je. aku pun bukan la hafal quran. baca quran pun aku merangkak-rangkak lagi. sebenarnya aku dengki dengan orang yang hafal quran. diorang baca dengan baik. suara sedap. aku ni baca tergagap-gagap. apatah lagi nak hafal quran yang suci lagi mulia tu. tp aku berharap sangat agar hafiz-hafiz alquran ni dapat menjadi ‘sesuatu’ dalam masyarakat…

Advertisements