bleach…

aku tak pernah baca manganya. start layan anime je. stroke yang chun melechun tu memang menikam kalbuku hakhakhak. cerita pasal dunia realiti dan dunia shinigami. shinigami ni camne ek nak citer? malaikat maut ke? mana boleh kata malaikat ye dak? bleach ni buatan jepun (made in japan), so takleh nak expect dia ikut mana-mana ajaran agama la ye dak? jepun bantai ikut suka dia je la. mana ada pantang larang agama, bebas buat suka hati. mungkin shinigami ni lebih sesuai disebut sebagai pencabut nyawa/roh la kot?

kalau nak kira dari ‘kepesongan’ akidah dan kepercayaan umat islam memang bleach ni langsung jauh terpesong. korang yang rasa lemah akidah dan lemah iman tu tak payah la layan anime ni hakhakhak. kalau nak relate dengan ajaran islam, bende-bende camni boleh la dikatakan sebagai ghaibiat (perkara-perkara yang ghaib/halus). bende yang kita tak nampak dengan mata kasar. tapi ada manusia-manusia tertentu je yang boleh nampak, sama ada dengan kebolehan semulajadi/terpilih atau dengan keilmuan/kena belajar la beb.
dalam bleach pun camtu jugak. ada makhluk yang tak boleh dilihat oleh manusia biasa. makhluk camni dipanggil sebagai hollow. hollow ni macam roh la. bila roh dah keluar dari jasad, ia akan jadi hollow. hollow yang ok akan terus naik ke langit. hollow yang bermasalah pulak akan berkeliaran di dunia. di sinilah tugas shinigami untuk menghantar hollow ni ke alam ‘sana’. hollow ni hanya boleh dilihat oleh shinigami dan sebahagian manusia yang berbakat dalam bidang kerohanian.

kalau korang nak faham lagi cerita bleach ni, layan la sendiri anime atau manga dia.

heroin dalam anime ni namanya rukia. ceh! nak dekat-dekat nama orang melayu – rokiah!

normal_manga-cover-volume-01.jpgnormal_manga-cover-volume-05.jpg

normal_manga-cover-volume-02.jpg

Advertisements