Drama


 snapshot20071203014014.jpg

Drama baru kat ntv7. Mungkin korang ada tengok jugak kot? Sadiq & Co. ni nama kompeni guaman. Aku baru layan dua episod awal drama ni. Layan jugak la. Aku rasa ada something sikit la dengan drama ni. Something yang tak sama dengan drama-drama typical melayu yang lain. Maybe ni drama yg best sebaris dengan Gol & Gindu dan Dunia Baru (kot?)

janetsnapshot20071128214904.jpg janetsnapshot20071128214934.jpg

Drama raya. Lakonan Janet Khoo dan Rashidi Ishak. Kisah Janet Khoo yang peluk Islam kemudian kahwin dengan Rashidi. Tapi tak diterima oleh ibu Rashidi, lakonan Norlia Ghani. Dah le tak terima, siap maki hamun lagi. Tapi Janet Khoo sabar je. Dia masih cekal dan tabah hadapi semua tu.
Janet Khoo ataupun Nor Hayati dalam drama ini sudah lama mengkaji dan meminati Islam dan menganutinya sewaktu menuntut di IPT. Keislamannya adalah kerana keinginan dan kesedaran hatinya sendiri. Bukan kerana cinta atau untuk mengahwini Rashidi yang dikenalinya sejak menimba ilmu di IPT. Sebab tu bila bercerai dengan Rashidi, dia masih kuat mengamalkan Islam dan mendidik anaknya dengan ajaran Islam.

Kenapa tajuk drama ni Permintaan Terakhir? Sebabnya ‘permintaan terakhir’ ni la yang jadi kunci kepada jalan cerita drama ini. Permintaan terakhir ibu Janet dan permintaan terakhir ibu Rashidi – ibu mertua Janet.

Ibu kandung Janet pada mulanya risau dan berat hati mengizinkan Janet memeluk Islam. Risau takut dipulau, dipinggir dan dibuang oleh anak sendiri. Namun Janet menjelaskan bahawa ajaran Islam tak seperti itu. Kerana Janet sudah nekad, ibunya tak dapat menghalang. Cuma satu sahaja permintaan terakhirnya. Apabila beliau mati, beliau mahu Janet dan suami mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan dengan memakai jubah khas utk upacara kematian. Kerana isu inilah Janet bertengkar dengan Rashidi hingga membawa kepada penceraian.

Manakala ibu mertuanya pula membuat permintaan untuk berjumpa Janet sebelum menghembuskan nafas terakhir. Tujuannya hanya satu, untuk meminta ampun dan maaf atas segala perbuatan keji dan terkutuknya ke atas Janet. Camtu la perangai makcik-makcik poyo. Bila dah tua baru nak insaf hehehe.

Kesudahan cerita ini, Janet tak dapat tunaikan kedua-dua permintaan terakhir ibu kandung dan ibu mertuanya. Permintaan ibu kandungnya tak dapat ditunaikan atas larangan Rashidi sebagai suami yang jahil dan kabur dalam soal adat dan agama hingga membawa kepada pertengkaran besar yang tidak sepatutnya berlaku. Dan pengajaran inilah yang sering diulang-ulang oleh ayah Rashidi dalam drama ini, lakonan Rahim Razali. Penting untuk tahu bezakan adat dan agama. Mana-mana adat yang tidak bertentangan dengan akidah dan ajaran Islam tidak salah untuk dilakukan.
Permintaan ibu mertuanya pula tak dapat ditunaikan kerana ibu mertuanya dah meninggal sebelum Janet sempat sampai ke kampung Rashidi.

Camtu la cerita permintaan terakhir nih. Apa yang menyebabkan aku layan cerita ni sebab penulis skripnya ialah Ahadiat Akashah! Tak sangka aku Ahadiat boleh buat skrip yang ‘islamik’ camnih. Aku ingat dia boleh tulis novel je. (Ya, novelnya sering diklasifikasikan sebagai picisan). Cayalah brader! Selain tu, aku suka tengok Janet Khoo berlakon. Cun siot amoi nih! Seingat aku ni bukan kali pertama dia berlakon sebagai mualaf. Entah bila lah dia betul-betul nak peluk Islam kan? Aku doakan untuk dia satu hari nanti insyaAllah…

janetkhoo.jpg

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.